PRODUK & PERKHIDMATAN

                                  1)     TERNAKAN RUSA 

[KAMI SEDIA MENJUAL RUSA SEMBELIHAN (FRESH)]



FAKTA MENARIK: Rusa mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit.


* JIKA anda ingin melihat rusa dan habitat asalnya, berkunjunglah ke LADANG SURE JADE. Anda tidak perlu bersusah payah meredah hutan rimba, sebaliknya hanya menjejakkan kaki ke ladang rusa  Sure Jade Sdn. Bhd yang terletak di Kg Sabak Awor Muar Johor.

* Ladang itu diwujudkan untuk tujuan pembiakan, pengamatan, penternakan dan sebagai sumber pembekal daging rusa.

* Memandangkan ternakan rusa ini mempunyai masa depan yang cerah dalam industri pelancongan, ia akan   menjadi tarikan keada masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk datang ke Bandar Muar. Selain itu, masyarakat akan disemai nilai-nilai kasih sayang pada haiwan tersebut.

* Menyediakan perkhidmatan nasihat, rujukan dan latihan amali kepada individu, institusi dan sebagainya yang berminat dalam perusahaan ternakan ini.

* Pelbagai aktiviti promosi akan dijalankan contohnya bekerjasama dengan badan-badan tertentu yang menjalankan perusahaan di bidang permakanan. Masyarakat akan diberikan pendedahan yang lebih meluas tentang kebaikan dan mutu daging rusa kepada masyarakat yang selama ini lebih tertumpu kepada daging lembu, kambing dan ayam sahaja.

* Ladang sawit dijadikan sebagai ladang ternakan rusa.

   

JENIS RUSA YANG DIPELIHARA 

*Kacukan Rusa Sambar dan Rusa Temorensis 
* Family: Cervidae 
*Mempunyai bulu yang berwarna gelap, coklat kekuningan. 
*Rusa jantan mempunyai bulu leher yang pendek dan yang dewasa mempunyai tanduk. 
*Ketinggian spesis adalah antara 1.35m-1.5m. 


KELEBIHAN MENTERNAK RUSA 

*Kadar kelahiran yang tinggi dalam setahun. (80%-90%)
*Kadar kematian yang rendah dalam setahun ( 2%-5%) 
*Rusa adalah haiwan yang tahan lasak dari cuaca seperti hujan dan panas. 
*Haiwan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit.
*Haiwan ternakan yang tidak memilih rumput (makan semua jenis rumput). 
*Haiwan yang cekap menukarkan rumput kepada daging. 
*Daging rusa mempunyai kandungan KOLESTROL dan LEMAK yang RENDAH serta enak dimakan. 
*Penternakan tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas seperti biri-biri. 
                                                 
                                          
                                 2)  TERNAKAN  KUDA

Kuda adalah salah satu ternakan yang ada di sini.

*Sejak tahun 2003, Syarikat Sure Jade Sdn. Bhd telah menjalankan aktiviti menunggang kuda di daerah
   Muar.
* Kuda merupakan ternakan yang menjadi tumpuan kerana ternakan ini jarang ditemui.
* Kami menyediakan kursus menunggang kuda kepada para pengunjung yang berminat.
*Menunggang kuda boleh dijadikan aktiviti riadah untuk menyihatkan badan dan membina stamina yang kuat.
                           

                                 3)  KAMBING


*Daging kambing segar bermutu.
*Disembelih mengikut syarak.
*Perusahaan Bumiputera dan Islam sepenuhnya. Harga termasuk kos penghantaran. 
*Juga menjual kambing yang masih hidup 

                                                 

                                              

                                     








                                             

                                 C)   BIRI- BIRI
Biri-biri merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Biri-biri tempatan di Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lebut dan halus dan mempunyai telinga kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan keras, dan telinga biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimpot daripada Hong Kong, Singapura atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma dan India.



Termasuk biri-biri tempatan, terdapat tiga kumpulan biri-biri:
  1. Biri-biri tempatan (MALIN);
  2. Jenis eksotik (asal dari luar negeri);
    1. Dorset
    2. Wiltshire
    3. Romney
    4. Suffolk
    5. Corriedale
    6. Border Leicester
  3. Kacukan-kacukan di atas





                               

                               C)    ANGSA

Angsa ialah sejenis burung daripada subkeluarga Anserinae, sama seperti swan. Ia berkongsi pula keluarga Anatidae dengan itik.

 KENAPA PERLU PELIHARA ANGSA?

*Angsa sangat bermanfaat untuk dipelihara. Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di ladang di tapak projek atau di kilang-kilang. Semakin garang angsa itu, semakin tinggi harganya.
*Angsa juga dapat menghalau ular dan tahi angsa sangat dibenci oleh ular. Tapi kadang-kadang ular yang ganas boleh meragut nyawa angsa anda  …Angsa boleh menjadi “mesin rumput” di halaman rumah anda kerana angsa suka makan rumput.
*Potongan yang sekata bagaikan padang golf:-). Angsa sangat mudah dipelihara kerana tanpa makanan yang khusus, angsa dapat berkembang biak dengan lebih baik dibandingkan kebanyakan unggas lainnya.
*Angsa mudah membesar, lebih tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan ubat-ubatan.
*Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur dapat menimbulkan penyakit pada angsa.

                                                                 ANGSA PUTIH

PEMBINAAN REBAN
Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur. Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.

PEMAKANAN
Angsa boleh makan macam-macam seperti rumput, batang pisang, sabut kelapa, nasi, temukut, sayur dan hampas soya. Kalau anda malas nak mesin rumput…peliharalah angsa…nescaya ia dapat menjimatkan petrol mesin rumput anda:-) Saya suka bela angsa kerana tak perlu keluarkan modal yang besar untuk makanannya.

                 


                                D)    AYAM BELANDA  

Ayam Belanda @ nama sainsnya ialah Meleagris gallapavo

      JOM MENGENALI AYAM BELANDA

Ayam belanda ialah haiwan yang etrgolong dalam golongan benda hidup,
alam : haiwan,
filum : kordata,
sub-filem : bertulang belakang (vertebrata),
kelas : burung.

Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.


MAKANAN
Banyak makanan yang sesuai dengan haiwan ini. Ia termasuk makanan semulajadi yang terdiri daripada rumput serta tumbuhan hijau. Bagi kebanyakan penternak, penggunaan dedak mengikut gred adalah suatu yang harus dilakukan bagi tumbesaran haiwan ini. Rugi makanan bagi ayam belanda adalah tidak rumit memandangkan ia memiliki selera yang besar untuk tumbesarannya.

PEMBIAKAN
Ayam Belanda membiak dengan bertelur. Telur ayam belanda bercengkerang keras.









                            NILAI KOMERSIL AYAM SERAMA

Ayam serama yang ada pada hari ini adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis terutama burung seperti burung hutan, ayam kerdil thai dan juga bantan. Kecantikan fizikal ayam ini telah menawan pelbagai lapisan masyarakat. selain menghiburkan hati pemiliknya, ia juga sangat mudah dan murah untuk dipelihara.

Sering dikatakan bahawa ayam serama ini tidak dapat dinilai dengan wang. Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor manakala anak ayam yang agak dewasa di antara RM2,000 hingga RM10,000.
Harga pasaran bagi ayam bergelar juara pula berkisar antara RM10,000 hingga RM80,000. Bagaimanapun, tidak ada harga yang tetap dalam urusan jual beli. Semuanya bergantung kepada rundingan antara pembeli dan pemilik ayam tersebut.






4 comments:

  1. assalamualaikum, en adam, dahulu kita pernah berjumpa sewaktu saya dan rakan2 praktikal di pejabat veterinar muar. kita ada minum pagi bersama tetapi saya tidak berkesempatan untuk ke ladang en adam. saya berminat untuk menceburi bidang penternakan rusa boleh en adam inbox detail harga rusa dan berapa kos untuk sediakan kandang rusa

    ReplyDelete
  2. kepada en mohamad, Untuk keterangan lanjut mengenai penternakan rusa dan pakej yang kami tawarkan, Sila hubungi kami di no. berikut : 013 - 600 7426 en firdaus..Kami berbesar hati untuk berurusan dengan anda. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam. Sesiapa yang berminat untuk membeli kuda boleh hubungi saya. Terdapat banyak pilihan kuda pada harga yang berpatutan.
    Adzrul Azman +60134892020.

    ReplyDelete
  4. Mana nak cari susu kuda segar kt malaysia? Susah nak cari.

    ReplyDelete